Khamis, 25 April 2013

PANTUN DAN PUISI SENADA SEIRAMA,..



MALAM KELAM TANPA BINTANG

Malam ini dingin sekali,
Hujan membasahi bumi,
Sudah pastinya tiada bintang yang menyinari,
Menyinari malam yang suram,

Malam ini aku sendiri lagi,
Menghayati ertinya sepi di hati,
Aku sudah terbiasa begini,
Bagaimana dinginnya malam ini,
Begitu jualah hatiku,
Langsung tidak terusik dengan kesunyian,
Aku rela begini kerana hatiku sudah mati,
Untuk merungut jauh sekali,

Malam ini kelam tanpa bintang,
Begitu juga hatiku yang terus suram,
Dari hari ke hari terus mati,
Tidak terdetik pun rasa ragu,
Tidak terdetik pun rasa serik,
Malahan terus angkuh tanpa sedar,

Malam ini menjanjikan sepi,
Walau angin dan hujan menderu di luar,
Namun hati ini terus terkunci mati,
Untuk apa aku kisahkan?
Tiada maknanya aku endahkan,
Kerana aku akan tetap begini,
Selalu di tinggalkan sendiri,
Dan menjadikan hatiku terus mati,

Malam ini takkan pernah menjanjikan bahagia,
Biar mutiara jernih ingin mengalir,
Ku cuba menahan sekuat rasa,
Untuk apa ku  panggil ia?
Tiada siapa yang akan mengerti,
Biar ku terus ukirkan senyuman bahagia,
Walau hati di dalam menjeruk rasa,

Malam tetap kelam dan suram,
Dalam dinginnya malam hatiku terus membeku,
Jiwa pun menjadi kaku,
Untuk apa ku persembahkan hati nan walang,
Takkan ada yang terkesan,
Hanya aku saja yang bakal berterusan kecewa,
Kecewa pada rentetan kehidupan dunia,

24 april 2013

Selasa, 23 April 2013

LAGI-LAGI PUISI




Berputiknya Cinta

Cinta,
Tak pernah mengenal usia,
Andai ada rasa ingin mencintai,
Andai ada rasa ingin dicintai,
Itulah lumrahnya manusia,
Ada hati dan ilusi,

Cinta,
Andai ia sudah berputik,
Pastikan ia mekar dan mengharum,
Andai layu sebelum masanya,
Pasti gugur menyembah bumi,
Cinta,
Mula berputik rasa teruja,
Di balas setia rasa bahagia,
Di tinggal pergi rasa sepi,
Bila berjauhan rasa rindu,
Andai terluka rasa terseksa,

Berputiknya cinta seusia remaja,
Rasa teruja tak lelap mata,
Rindu membara sepanjang masa,
Bagai nak gila terbayang saja.

Cintakan Allah setiap detik,
Cintakan diri sendiri sepanjang masa,
Cintai ibubapa sepanjang usia,
Pasti bahagia setiap ketika,
Hidup tenang damai sentiasa.



NOSTALGIA ITU….

Tika bersendiriaan ianya hadir mengamit sepi,
Terbayang di ruangan fikirku,
Menatap sayu nostalgia itu,
Menjelajah masa silam yang suram,
Menganggu akal dan fikiran,

Nostalgia itu datang lagi,
Menatap wajah yang hadir,
Dalam tangis dalam tawa,
Senyuman yang bisa meragut kalbu,
Kadang-kadang buat aku ceria,
Kadang-kadang buat aku berduka,

Hadirnya dirinya memang tak pernah kupinta,
Kalau aku dapat memutar masa,
Tak ingin aku mengenalinya,
Suratan takdir siapa menduga,

Dia terpisah jauh tanpa rela,
Berpisah bukan kerana terpaksa,
Hanya nostalgia ku bawa bersama,
Tak pernah luput di telan masa,
Aku yang terluka,
Kerana dia tak tahu apa-apa.

Nostalgia itu..
Terus bermaharajalela,
Disudut hati yang lara,
Andai aku diberi pilihan,
Ingin ku lupa segalanya,
Tapi apa nak dikata,
Aku hanya insan biasa.


KESABARAN DALAM PENANTIAN

Penantian itu satu penyeksaan,
Kesabaran itu adalah keimanan,
Menanti dengan penuh sabar itu pasti ada kemanisan,
Namun diri pasti sering di uji,
Agar kesabaran terus terhakis,

Perlu apa mencari salah,
Diri sendiri yang harus beralah,
Mendidik diri bukannya mudah,
Kerana iblis tak pernah kalah,

Kesabaran itu indah,
Kemarahan itu pemusnah,
Bila di kuasai rasa marah,
Segalanya pasti punah,

Penantian itu sakit,
Sakit hati yang tidak tertahan,
Segalanya begitu perit,
Perit melawan godaan,

Hasil nukilan
Szaza KSGY



Getir Kehidupan

Termangu lagi aku di jendela waktu,
Menghitung detik saat di uji,
Terasa diri kian lemah,
Terasa diri begitu kerdil,
Terasa hidup ini tidak bererti,
Haruskah aku lalui semua ini?

Aku..kadang-kadang pasrah,
Kadang-kadang aku menyerah,
Kadang-kadang aku kalah,
Kadang-kadang aku lelah,
Letih dan lesu menghadapi semua dugaan,
Haruskah aku begini?

Getirnya kehidupan ini,
Begitu banyak cobaan dan dugaannya,
Aku letih melalui segalanya,

Aku letih melalui segalanya,
Namun..aku tahu ,
Selagi hidupku belum berakhir,
Cobaan dan dugaan itu pasti ada,
Cuma aku tak tahu bila dan bagaimana,

Aku..insan kerdil yang lemah,
Aku jua punya harapan,
Untuk bahagia di masa depan,
Masih adakah waktu untukku?
Mengecap bahagia idamanku,

Selagi jantungku masih berdenyut,
Akan ku simpan harapan itu,
Moga termakbul jua doaku,
Setiap impian menjadi reality,
Bukan lagi ilusi.

Aku Yang Pasrah
Szaza KSGY

PANTUN MERAPU IKAN KERAPU,..;))


Line membeku terasa kaku,
Geram sungguh malas melayan,
Terkenang aku akan nasibku,
Hati tak teguh asyik berangan.
Adeh,.hehe

Rasa resah mencari akal,
Hilang sudah idea diminda,
Masanya sudah tak dapat disangkal,
Detik indah langsung tiada..huhu

Apa ditenung matanya puteri,
Nanti tergoda jatuh cinta,
Duduk termenung sepi menyendiri,
Di atas beranda di sebalik jendela.

Di add masuk ke group sana sini,
Nak jenguk pula tak ada masa,
Maaflah pada diriku ini,
Tak ada benda isu semasa.

Rasa terharu juga gembira,
Di jemput masuk ke group mereka,
Dah macam sanak saudara,
Bukan syok tapi suka.

Terima kasih ku ucap kata,
Mungkin kita takkan bersua,
Ku hulur tangan maaf ku pinta,
Tak dapat join korang semua.

Makan nasi sayur berlada,
Selepas makan duduk di beranda,
Mod menulis langsung tiada,
Kenapa harus kusutnya minda??

Sudah lama tak naik beca,
Beca sudah hilang roda,
Tak menulis aku membaca,
Dalam penulisan2u aku meronda.

Pat-pat pisau lipat,
Apa nak buat minda tak larat;))

Puas ku lipat pisau berkarat,
Walau penat rasa melarat,
Apa nak buat minda tak larat,
Harus berehat hilangkan penat.

 Pergi menanam padi huma,
Asyik menanam sampai terleka,
Hai rakan fbku semua,
Hampa semua nak like saja ka???

matahari terbit cerah sinarnya,
cahayanya memancar serata alam,
good morning untuk semua,
moga lebih bahagia berbanding semalam

Anak2 bermain gasing,..
Gasing di main di tepi padang,
Kalo pala asyik dok pusing,
Hati sakit macam nak meradang.

Masak nasi gulai nangka,..
Ulam di cicah si air asam,..
Siapa menduga siapa menyangka,..
Sakit ku tanggung wajah pun masam.

Bukan merintih bukan meminta,..
Bukan merayu minta simpati,..
Sekadar nak menguji minda,..
Aku berpantun untuk berhenti,..(out)

Buat kawan2ku yg setia,..
Sudikanlah balas pantunku ini,..
Sama2lah kita mengasah minda,.
Cairkan otak di pagi ini,..;)

Sang buaya sudah ternganga,
Menunggu mangsa jadi habuannya,
Hidup ini serba tak kena,
Tersalah langkah derita jawabnya.

Ayam katik berlari pulang,
Kecil molek bergerak pantas,
Rasa bagai tercekik tulang,
Dikurung bagai tidak bebas.


LUAHAN JIWAKU


MATI HIDUP SEMULA

Hidup ini tak seindah bunga2 segar,..
Mekar harum dan mewangi,..

Aku yg bagaikan telah mati,..
Dirasakan bagai hidup semula,..
Untuk memulakan hari2 yg mendatang,.
Entah apa yg bakal ku harungi lagi,..
Entah badai apa yg bakal hadir,..

Mengharungi gelombang kehidupan,..
Melintasi onak dan duri,..
Betapa pedih dan terluka,..
Ku gagahi walau tanpa rela,..
Kerna aku sekadar insan biasa yg tak punya apa2,..

Ku tak tahu sejauh mana lagi perjalananku,..
Ku pernah rasa saat hilangnya suku nyawa,..
Saat nafas semakin pendek,..
Memang sukar dan perit,..
Mungkin ada hikmahnya,..
Hanya aku yg tak pasti,..
Namun langkah harus ku teruskan,..
Hingga sampai masanya,.
Aku jua bakal pergi,..
Kini aku dapat peluang kedua,..
Masih bernyawa dan mampu berkata2,..
Harus ku hargainya,..
Walau apa yg bakal mendatangi,..
Biarlah aku PASRAH PADA YG ESA.



Buatmu temanku tersayang Sepat Ronggeng,..

Sepat,.hidupmu di dalam air,..
Bergelumang dengan selut bendang,.
Namun kau tetap diminati,..
Diair tawar kau menghuni,..
Hargamu melambung tinggi,..
Spesismu memang sukar di cari kini,.
Mungkinkah di sungai kau telah berhijrah,..
Lari dari bendang yang semakin keruh,.
Di tabur racun yang pasti membunuh,..
Sepat,.hidupmu kini sedang terancam,..
Terancam oleh tindakan manusia,.
Di goreng,di perkasamkan dan dikeringkan,..
Lalu di jaja serata dunia,.
Mungkihkah bakal pergi ke peringkat antarabangsa,..
Anak-anakmu sungguh enak di jadikan satay,..
Di keringkan orang dan di goreng ranggup

Wahai sepat,..
Malangnya nasibmu,..
Mungkin itulah lumrahnya hidup,..
Kerana kau adalah seekor sepat


KITA  HANYALAH HAMBA

Manusia selalu tak menghargai apa yang dia ada tapi bila dah kehilangan baru rasa memerlukan,..arghhh,..terbeban perasaan bila memikirkan,.nak di lupakan bagai tak berdaya..hari-hari di lewati terasa tak bererti bila rasa diri tak di hargai dan hanya di pandang bagaikan tunggul mati yang tak ada rasa dan perasaan.Nak beralah sepanjang masa tapi ego menguasai jiwa..kadang-kadang sabar juga ada batasnya bagaikan batas untk di tanam ubi keledek bakal rebah juga,.hahaha,..biar aku merapu untk seketika,..bo layan ja,.biar rasa tenteram di dalam jiwa kerana aku jua manusia biasa yang punya perasaan yang kadang2 bakal membara,.huargghhh,..nak lari dari realiti bagaikan terikat mati,.nak terbang melayang membawa diri tapi bukannya layang-layang,.nak terus berkasih sayang tapi jiwa bagaikan melarang kerana hati sakit bukan kepalang...kerana realiti itu pasti dan bukan imaginasi....

TERIMA KASIH ALLAH,..kerna sering menguji aku,..
Ujianmu sering membuat aku semakin matang,..
Ujianmu menjadikan aku semakin tabah,..
Ujianmu menjadikan aku semakin kuat,..
Biarpun kadang2 aku mengeluh,..
Biarpun kadang2 aku kalah,..
Biarpun kadang2 aku tertekan,..
Tapi,..aku masih mampu berfikir,..
KAU datangkan aku ujian mesti bersebab,..
Kerana KAU sayangkan aku,..
Kerana KAU nak uji tahap keimananku,..
Kerana KAU nak uji ketaqwaanku,..
Aku mohon padamu YA ALLAH,..
Andai aku masih terus di uji,..
KAU terus kuatkanlah hatiku,..
Agar aku tidak tewas,..
Agar aku tidak lalai,.
Agar aku terus tabah dan sabar,..
Mengharungi setiap liku2 kehidupan yg di anugerahkan untukku.



Biar siapa pun kita,biar apa pun kita lakukan..buatlah dengan ikhlas kerana Allah..biar dengan siapa pun kita berkawan,biar dengan siapa pun kita bertegur sapa buatlah dengan ikhlas kerana Allah...Aku suka berkawan dengan semua orang,aku tak kisah apa tanggapan orang terhadap aku cuma aku paling takut bila setiap kali aku menegur dan tiada respon aku jadi tertanya-tanya adakah aku telah menguris hatinya..arghh..aku paling takut andai aku telah menyakitkan hati orang tapi maaf andai aku dah TERunFRIEND beberapa org yg tak pernah menberi respon setiap kali aku menegur..huhu..bukan aku sengaja cuma aku serba salah dan..ehemm..kdg2 ada sedikit berjauh hati..ampun maaf ya..aku ingin logout untk mlm ini..MAAF sekali lg untk teman2 yg slalu brchatting mesra atau tidak andai aku pernah menguris hati..untk shbt2 Raso aku tahu aku keterlaluan dalam setiap gurauanku..tp MAAFffflah ya...huhu..

Hurmmm..selalunya apa yg berlaku tak seindah apa yg di impikan..dan mimpi yg diangankan indah selalu menyeramkan....begitulah kehidupan.

Biar badai berlalu bersama perginya waktu.

Biar kenangan jadi sejarah asalkan sejarah yg sama tak berulang.

Biar pedih hati di hiris asalkan bukan kita yg menghiris hati orang lain.

Biar luka di hati tak dapat di lihat asalkan bibir sentiasa tersenyum.

Biar orang mengata asalkan kita tak ganggu sesiapa.

Dan selalunya apa yg dikata tak seiring apa yg di kota kerana hati dan sifat selalu tak seia dan sekata.

<MuTìaRA hATi RiNDu>
110Suka ·  · Kongsi

Isnin, 22 April 2013

HIMPUNAN PUISI-PUISIKU DARI FB

INDAHNYA  KEHIDUPAN


Kehidupan ini sangat indah..
Andai diwarnai..
Dengan warna2 indah..

Hidup ini bahagia..
Sangat bahagia..
Andai kita ingin bahagia..

Hidup ini sempurna..
Andai kita rasa sempurna..
Setkan diminda apa keinginannya..

Hidup ini ceria..
Tersangat ceria..
Andai kita ingin ceria..



Rama-rama,..

Cantik warnamu membuat aku terpesona,..
Kau megah mengibarkan sayapmu,.
Menghisap madu bunga-bungaan,..

Rama-rama,..
Cantik corakmu menarik di pandangan mata,..
Sekali terpandang terus tergoda,.
Tertawan oleh kecantikan warnanya,..

Rama-rama,..
Warnamu begitu memikat sukma,.
Indah nian bagai terleka,...
Terleka memandang hati pun riang,..


Cinta Suciku 

Hari ini ku jelajahi masa,
Meneroka usia remaja,
Mencari nostalgia lama,
Terbayang di mata,
Betapa usia telah tersia,
Oleh cinta yg tak kekal lama,

Lewat hari itu aku percaya,
Ada cinta antara kita,
Ada kasih yg kian membara,
Ada sayang yg sudah dibaja,
Tapi aku lupa,
Aku ini bukannya siapa-siapa,
Cinta,kasih dan sayang bukan milik kita,

Renungan matamu mengoda sukma,
Lirikan senyummu mencairkan jiwa,
Aku terpana dan terkesima,
Ku serahkan hatiku dengan rela,
Pada kau yang ku puja,
Namun aku yg kecewa,
Kau tetap pergi jua,

Tidak pernah ku sangka,
Tidak pernah ku duga,
Seleramu hanya pada si jelita,
Hatimu hanya untuk mereka,
Wajah ayu yang selalu kau puja,
Aku jua yg layu dimamah usia,

Ku serahkan cinta suciku,
Bukan huluran tangan yg aku terima,
Tapi kata caci dan menghina,
Bukan kau yg berkata,
Tapi teman aku yg setia,
Betapa diri rasa terhina,
Ku sedar ku tak punya apa-apa,
Tapi aku jua manusia,

Semua itu hanyalah nostalgia,
Andai masa dapat ku undur,
Takkan ku serah hatiku ini,
Takkan ku sulam cintaku ini,
Biar kasih sudah terlerai,
Namun hati pedih sekali,
Cinta suciku yg pernah ku serah dulu,
Sudah ku gengam kembali,
Sudah ku serah pada yg sudi,
Pada dia yg bernama suami,
Biarlah cintaku terus abadi,
Yang layak menerima cinta suci,
Moga terus kekal di sini.

NUKILAN dari Hatiku
Mutiara Hati Rindu
Buatmu Yg Pernah bertahta di hati.
Moga kau bahagia bersama si Jelitamu.

30 ogos 2012


Hari ini,esok dan semalam

Hari ini,
Aku sedikit ceria,
hilang rasa gundah,
hilang rasa duka,
aku percaya pada diri,
aku masih mampu berdiri,
aku masih mampu berlari,

Esok,
aku tak pasti,
kerana ku tak punya cermin hikmat,
untuk menilik nasib diri,
untuk membawa ku ke dunia realiti,
tapi,
apa yg pasti,
dalam fantasiku aku inginkan agar hari esok adalah bahagia,

Semalam,
hari yang resah,
hari yang gundah,
tapi aku sering pasrah dan berserah,
kerana ku tahu Allah pasti menyediakan sesuatu yg terbail buatku,

Hari ini,
Esok dan semalam,
tetap satu hari yg berbeza,
kita tak pernah tahu apa yg berlaku,
tapi kita mampu berdoa,
moga hari-hari kita adalah hari yg terbaik untk kita.

Hasil Luahan Hati
Mutiara Hati Rindu



Puteriku Sayang

Tak sedar masa berlalu,
kau sudah berinjak ke usia remaja,
sudah mengenal apa ertinya cinta,
sudah pandai untuk memuja,
sudah pandai juga melawan kata,

Puteriku sayang
kau satunya buah cinta kami,
hadirnya dirimu begitu bererti ,
ingat lagi suatu ketika dulu,
keletahmu yg sering buat kami ceria,
kini kau telah dewasa,
cuma satu harapan kami,
jadilah anak yg berjasa,
pada agama dan negara.



Rindu yg resah

Hadirnya aku untk membalut luka,
Luka seribu rindu,
Rindu yg sekian lama ku pendam,
Padamu aku khabarkan,
Cinta yg sarat terpendam,
Sedang diamuk badai resah,

Resahnya dlm merindui dirimu,
Yg tak pernah kunjung datang,...


Ombak..
Aku suka tengok ombak
ibarat cabaran dan dugaan
menghempas ke pantai
ditengah lautan beralun indah
namun andai ia membadai
pasti karam dilautan
tiada bertepian
ombak dan cabaran
kdg2 bergelora kdg2 tenang
hmmm...itulah persamaanya.

Jauh berjalan luas pandangan,
ditepi pantai angin menderu,
pantun susulan aku karangkan,
minda santai ku seru-seru.

Angin menderu terasa segar,
biar peluh kering sendiri,
minda ku seru berlegar-legar,
jgn mengeluh bebani diri.

Pohon kelapa tegak berdiri,
melambai-lambai ditiup angin,
petang-petang seorang diri,
depan FB aku kepingin.

Pohon beringin tegaknya rendang,
akarnya panjang mencecah bumi,
bukan kepingin untuk di sayang,
yang di sayang ada di sisi.

Cinta,..
Apa ada dgn cinta?
Cinta berputik didalam hati
Terus mekar dan bercambah
dari hari ke hari
bertentangan mata rasa teruja
tidak berjumpa rasa terseksa
rindu dendam bayangan wajah
terlakar indah memori tercipta
walau berpisah tak pernah dilupa
cinta berputik jadi sejarah
sekian lama terpandang wajah
wajah luka tercipta sudah
angkara cinta yg tak ada sudah
jauh terpisah bukan di pinta
andai tiada jodoh tersurat
biarlah terus jadi sejarah
yg lama usah di ingat
yg baru di sudut hati 

cinta,..
Gila bercinta ingin bersua
namun cinta tak kekal lama
hanya berputik seketika saja
walau sukar di tukar ganti
namun diri mesti hargai 
yg bakal datang mungkin lebih bererti...





Berarak Mendung..

Suasana gelap gelita..
Alam berubah wajah..
Ku sangkakan panas hingga ke petang..
Namun awan berarak mendung..

Angin terus menyapa..
Menderu anginnya menghembus ke muka,.
Berguguran dedaunan kering..
Gunung di kejauhan kelihatan berbalam..
Terlindung cuaca yg semakin kelam..

Aku masih menyepi dan menanti..
Rintik hujan pasti akan gugur ke bumi..
Membasahi alam semesta..
Tiada apa yg perlu ku kata,..
Kalau itu sudah suratannya..
Hujan yg turun pasti ada rahmatnya..

Umpamanya airmata..
Yang telah gugur dan masih bersisa..
Ku seka dan ku redha..
Ku tunggu rahmat yg bakal tiba..
Inilah hadiahnya..
Puisiku yg ketiga dalam satu masa..

Hujan kini menrintik sudah..
Basahlah bumi dek airnya..
Berderapan bunyinya..
Dari rintik terus mencurah..
Dan aku di sini terus pasrah..
Lebatnya hujan ada rahsianya..

Aku manusia biasa


Maafkanlah aku sayang,..
Andai selama ini aku menyakitimu,
Andai selama ini aku mengasarimu,
Andai selama ini aku menguris hatimu,

Maafkanlah aku sayang,..
Hanyalah ada sayangku untukmu,
Hanyalah ada kasihku untukmu,
Hanyalah ada cintaku untukmu,.
Namun,..
Kadang2 keegoaanku jadi pemusnah segalanya..

Maafkanlah aku sayang,..
Hari ini aku lenturkan keegoaanku,
Hari ini aku lupakan keegoaanku,
Hari ini aku luputkan segala ego itu,..

Maafkanlah aku sayang,..
Aku tahu kau yg terbaik untukku,
Aku tahu kau di ciptakan untukku...
Aku tahu hanya aku di hatimu,
Aku tahu kau hanya setia di sisiku,
Dan aku pasti segalanya,..
Mudahan keyakinanku terhadapmu ada benarnya..
Kau di hatiku dulu,kini dan selamanya..
InsyaAllah,.amin..

Hasil Nukilan
Szaza Zaiman


Tiada kasih seindah kasihmu,.
Tiada sayang seindah sayangmu,.
Tiada cinta seindah cintamu,..
Kau penawar segala duka lara,..
Kau penawar segala sepiku,..
Kau pendamping terbaik buatku,..
Kaulah suamiku yg TERCINTA..
Terima Kasih atas segalanya..



Hikmah Sebuah Derita

Kemarin yg berlalu,
Aku menangis tersedu,
Hancurnya hati menadah pilu,
Lukanya jiwa menyimpan resah,
Hati terluka melawan amarah...

Hari ini aku sambut bahagia,
Seawal pagi aku ceria,
Bibir tersenyum sepanjang masa,
Hati gembira tidak terkata,
Tak dapat di ungkap dgn suara...

Berakhirnya derita di jiwa,
Berganti bahagia rasa selesa,
Diri rasa bagai di hargai,
Senyum ketawa penawar diri...

Hari ini sudah berlalu,
Tapi mata masih berjaga,
Tidak mahu terlelap pula,
Puas di pujuk supaya lena,
Namun degilnya tidak terkata...

Hari sudah berganti,
Hari baru menjelma jua,
Aku menanti penuh debaran,
Ada hikmah di sebalik duka,
Ada bahagia di sebalik derita,..

Pada teman yg sangat setia,
Selalung kata aku ucapkan,
TERIMA KASIH aku ukirkan..
Menghapus duka dan airmata,
Memberi bahagia dan gurau senda,..

Pada Allah aku Bersyukur,
Dimalam hari aku bertafakur,
Harus terima semua derita,
Disebalik derita ada bahagia...

Syukurku hanya padaNYA

Mutiara Hati Rindu
13 oktober 2012


Sepi Menyendiri

Sendiri lagi merawat luka ini,
Luka yg kian parah,
Bagai tertusuk panah beracun,
Pedih,...
Perit,..
Terseksa,..
Racunnya merayap ke seluruh sendi,
Racunnya menjalar hingga ke minda,
Sakit dan derita,..

Sendiri lagi,
Membalut luka di hati,
Memujuk jiwa yg kian kacau,
Dihimpit resah yg tak sudah,
Dibelit gelisah yg kian parah,
Sepi sendiri,..
Bukan tiada yg menemani,
Bukan tiada sesiapa di sisi,
Tapi,.
Sepi ini merajai hati,
Sepi ini menular di jiwa,
Sepi ini menguasai minda,
Aku kalah,
Aku lelah,

Dalam sepi aku bertafakur,
Apa kesudahannya,...
Biar kalah,
Biar lelah,
Aku tak harus mengalah,.

Wahai jiwa! Bangunlah!
Wahai hati! Sembuhlah!
Wahai semangat! Datanglah! 
Kembalikan semangat juangmu,
Bangkitlah melawan godaan!
Bangkitlah melawan perasaan!
Jangan gentar!!!
Kerana kehidupan harus di teruskan!

Nukilan Luahan Hati

Mutiara Hati Rindu
11 oktober 2012




Hari baru,
Suasana baru,
Biarlah hanya detik terindah di sudut hati,
Biarlah hanya kenangan terindah menjadi memori,..

Hari ini kita mulai lagi,
Usia kita bertambah lagi,
moga ceria kita miliki,
pagi indah kita hayati,
saat bahagia kita lalui,

Hari demi hari berlalu,
berbagai memori yg kita cipta,
memori terindah ketika bersama,
bergurau senda di alam maya,
walau tak pernah kenal mesra,
namun tak kekok bertegur sapa,...

Selamat Pagi Semua
Salam Ceria
Moga pagi ini sang suria bersinar cerah
Moga pagi ini cuacanya indah
Moga pagi ini bakal terlakar sejarah
Moga pagi ini berakhir meriah
Moga pagi ini bibir tersenyum megah...

MAAF andai pernah ada salah bicara
MAAF andai ada terkasar bahasa
MAAF andai ada bergurau yg tak kena cara
MAAF andai ada salah di mana2
MAAF andai ada terpost yg entah apa2
MAAF andai ada terTAG yg tak pernah anda suka
MAAF andai ada komen yg menguris jiwa
MAAF atas segalanya..
SUNGGUH segalanya langsung tak di sengaja
Segalanya adalah SPONTAN semata..



Ibu,..
Malam ini aku begitu rindukan dirimu,
Ketahuilah ibu tanpa kasihmu menjadikan aku kaku,
Aku sedih ibu kerana aku tak mampu,
untuk menjadi ibu sebaikmu,
untuk menjadi ibu setabahmu,
untuk menjadi ibu sekuat dirimu,..

Ibu,..
Terlalu awal kau pergi dari hidupku,
Biar pun tika itu aku masih terlalu muda,
Tapi,.belai mesramu masih ku terasa,
Rindunya aku padamu ibu,
Rindu menatap wajahmu,
rindukan juga kasih sayangmu,..

Ibu,.
Aku ingin jadi sepertimu,.
Tabah sepertimu,
kuat sepertimu,
sabar sepertimu,
dan penuh dengan kasih sayang,
tapi,.aku gagal untuk jadi sepertimu..

Kenapa ibu?
Kenapa aku tak bisa jadi sepertimu..

Aku teramat letih ibu,
menghadapi kemelut kehidupan seperti ini,
aku lelah ibu,
mengharungi dugaan hidup ini,
bagaimana ku bisa bertahan,
kerana aku bukan dirimu,..

Ibu,.
Sudah terlalu lama kau pergi,
tapi bayangan kenangan bersamamu tak mungkin pudar,
masih lagi terakam indah di sudut ingatanku,
saat kau menyisir rambutku,
saat kau belai diriku,..
Ahhh..indahnya kenangan itu..

Ibu,..
Andai dapat ku putar waktu,
aku hanya ingin menatap wajahmu,
aku hanya ingin mencium kedua tanganmu,
aku hanya ingin memelukmu,
aku hanya ingin mencium kedua pipimu,
hanya itu yg aku damba,

Ibu,..
Aku sedar semua itu,
tak mungkin lagi berulang,
kini,..apa yg mampu hanyalah kiriman doaku buatmu,.
Al-Fatihah juga buatmu ibu,..
Moga kau tenang di Alam sana..
Amin,amin,amin Ya Rabbal Alamin.

Ya Allah,.
Hanya padamu aku berserah,
Hanya padamu aku meminta,
Kau ampunkanlah segala dosa kedua ibubapaku dan tempatkanlah mereka bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh..amin.



HATI  INI DI LUKAI LAGI

Hati,..
Berparut lagi,
Puas sudah ku tangisi,
Luka lama berdarah kembali,

Hati,..
Ku balut sendiri,.
Biar pedih terluka,
Akan ku pertahankan jua,
Andai masih ada sisa terluka,
Apakan daya,
Biar berdarah aku tetap Pasrah...



Bila aku boring aku perlukan teman untk berchatting,..
Bila aku hepy aku perlukan teman untk bergelak tawa,.
Tapi,.
Bila aku sedey aku perlu bersendiri,
aku perlukan masa untk berfikir,
aku perlukan ruang untk memujuk diri,

Kenapa begini,.
Hatiku takkan bisa di pujuk,
hatiku takkan bisa terpujuk,
kerana aku adalah aku,
insan degil yg hanya tahu menyendiri,

Aku adalah aku,..
Sepi itu adalah motivasi,
sendiri itu adalah penawar,
biarlah luka ini ku rawat sendiri,

Salam permisi,
Aku mohon undur diri...


Hati yg terluka,.

Bagaimana lg harus ku lakukan,
bagaimana lg harus aku tunjukkan,
kasih syg yg bagaimana harus aku berikan,
aku tidak mengerti,
kerana aku tidak pandai untk meluahkan,
kerana aku tidak pandai untk menzahirkan,
hanya kukuh tersimpan di hati,
hati yg sering terluka,
hati yg sering kecewa,

Apa lg mahunya,..
Apa lg kehendaknya,
tidak bersyukurkah dia memiliki aku,
tidak gembirakah dia punyai aku,
aku yg terluka,
aku yg kecewa,

Aku tahu aku bukan yg terbaik,
aku tahu aku bukannya bijak untk menunjjukkan rasa syg,
tapi,..
Aku jua punya hati nurani,.

Salahkan aku untk menegur,
salahkah aku untk memarahi,
apa hak aku untk tidak boleh berkata2,
apa hak aku sekiranya aku tidak boleh memarahi,
salahkah aku kerana sering berleter,..

Sakitnya perasaan ini,
tika ku membaca luahan hatinya,
sakitnya bak tertusuk sembilu,
berderai jua airmata,
membasahi pipi,
membanjiri relung hati,
hatiku yg terluka,
hatiku yg kecewa,
Salahkah aku,.

Aku tahu aku tersilap langkah,
aku tahu aku tersilap memberi,
aku tahu aku ini mengecewakan,
aku sedar semua kesilapan,
tapi,
luahan hatinya begitu meremukkan jiwaku,
begitu meluluhkan perasaanku,
hati ini terlalu sakit,
sakit yg teramat,
aku tak mampu lg..

Ya Allah,
Andai ini ujianmu aku Redha,
Andai ini cobaanmu aku Pasrah,
Tapi,
Berikan aku kekuatan,
untuk meneruskan liku2 kehidupan,
untuk melalui segala rintangan,
kehidupan ini di penuhi ranjau dan duri,
terlalu banyak hingga aku lelah,
hingga aku letih,
tapi,..
Jangan biarkan aku mengalah,
andai hidupku masih panjang,
Kau kuatkanlah jiwa ini,

Aku yg terluka



Menghitung hari-hari yg sepi...

Tak terbilang dengan waktu,
Tak terkira dgn jari jemari,
Biar keriuhan di luar sana,
seringkali bernada sumbang,
tidak lagi aku peduli,

menghitung hari2 yg sepi,
walau hanya di temani mimpi,
kadang2 aku jadi rimas,
kadang2 aku jadi lemas,
namun kdg2 sepi itu asyik,
namun kdg2 sepi itu juga menarik,

Hari2 yg ku hitung smakin brtambah,
hari2 yg ku hitung smakin kelam,
namun aku masih mengharap,
kiraan hitunganku itu tersilap..
Biarlah bakal berkurang,
agar dapat ku kecap sedikit bahagia,
tiada lg hari yg sepi,
tiada lg hati yg sunyi,

Aku masih di sini,
mengintai sepi di balik keriuhan,
keriuhan yg tak pernah aku hiraukan,
kerana duniaku hanya ada aku,
aku dan puisi yg tak pernah mereka mengerti,
aku dan imaginasi yg tak langsung mereka tahu,
dan aku akan terus menyendiri,
menghitung hari2 yg sepi dan sunyi,
bersama imaginasi yg hanya mampu aku kongsi,
di alam maya yg sering beri aku gelak dan tawa...

Nukilan Hati Sepiku
Mutiara Hati Rindu



Teman2,.

Cukuplah sudah pertemuan kita,
untuk malam yg semakin tua,
berchatting dan bergurau senda,
dilain masa kita berjumpa,
kalau tiada aral yg tiba,
ku mohon undur diri pada semua,
ku tak bisa bertahan lama,
gara2 line yg ntah hapa2,.

Salam mesra dan ceria,
kalianlah teman tp mesra..



Sahabat,

Hari ini aku bahagia,
Kalian semua sentiasa buat aku ceria,
Dalam sedih aku mampu tertawa,
Dalam duka aku mampu tersenyum,
Dalam tangis aku mampu bergurau senda,

Sahabat,
Sekalung kasih ku untaikan buat kalian, 
Segulung sayang aku kirimkan,
Sehamparan saujana memandang aku ucapkan,
TERIMA KASIH buat kalian,
Hanya itu yg mampu aku berikan,

Sahabat,
Aku bukannya siapa-siapa,
Jauh sekali punya harta berjuta,
Apatah lagi rupa,
Apa yg aku ada,
Hanyalah sekeping hati,
Hati yg ikhlas dan suci,

Sahabat,
Kita hanya bertemu di alam maya,
Kita tak pernah kenal rupa,
Jauh sekali bertegur sapa,
Juga beramah mesra di dunia nyata,
Aku terharu kerana kalian terima aku seadanya,

Sahabat,
Seringkali aku terfikir,
Kenapa yg mengenali tak seramah kalian,
Kenapa yg mengenali tak semesra kalian,
Siapakah aku di mata mereka?
Kadang2 aku jadi terluka,
Kadang2 aku jadi kecewa,
Tapi kalian ubati kelukaan itu,
Kalian basuh kekecewaan itu,
Dengan kemesraan,
Dengan gurau senda,
Akhirnya aku tersenyum semula,
Akhirnya aku kembali ceria..
TERIMA KASIH yg tak terhingga

Allah memaafkan apa yg telah lalu.






Anakku,

Semakin hari usiamu semakin meningkat,
Semakin hari semakin keletah,
Semakin hari semakin nakal,

Cuma,
Kadang-kadang semakin hari aku semakin risau,
kerana,
Semakin hari kau semakin bijak,
Semakin hari kau bersoal jawab,
Dan,
Aku paling bimbang dengan satu soalan,
Siapa dirimu???
Saat itu aku pasti sayu!
Saat itu aku pasti sebak!
Saat itu aku pasti takut!
Kerna aku tak mahu kehilanganmu..

Moga saat itu takkan terjadi!!!
Walau aku punya jawapan,
Tapi,
Aku takkan mampu mengungkapkannya;-(

Rindu,
Bergetar di dalam dada,
pedih menikam kalbu,
rinduku yg tak pernah padam,
Bisakah ku biarkan.

Tanpa sedar,
Airmataku berderai jua,
Kau yang ku rindu,
Tak pernah pun tahu,
Kerana aku tak pernah bicara,
Sekadar memendam rasa di dada



Kurniaan Allah

Betapa indahnya panorama alam,
Maha Kaya Sang PENCIPTA,
Terpegun aku menatapnya,

Bumi ini milik Allah dan segalanya,
Subhanallah,
Lailahaillah,
Allahhu Akbar,

Betapa beruntungnya kita,
Dapat meminjam segalanya,
Dapat merasa hembusan sang bayu,
Dapat menghirup udara segar,
Dapat melihat panorama indah,

Bersyukurlah kita kepadaNYA.
Kerana apa yg kita ada,
Hanyalah pinjaman semata,
Kerana Allah Yang Maha Kaya,
TAK PERNAH langsung BerKIRA.



Mutiara Hati Rindu

Putihnya butiran Mutiara,
Seputih butiran pasir di pantai,
Mutiara yang berharga,
Di nilai dan dijaga,

Hati merahnya umpama darah,
Segar dan berseri,
Namum hati ini terlalu suci,
Bukan untuk dijual,
Kerana hati ini telah dimiliki,
Hati ini telah diserahkan pada yang sudi,

Rindu kerana adanya rasa CINTA,
Rindu kerana adanya rasa SAYANG,
Rindu kerana adanya rasa KASIH,
Rindu kerana adanya KENANGAN yang tersemadi dijiwa.

Sungguh!!!
Dari hatiku yang paling dalam,tidak sesekali cintaku padamu akan berpaling pada yang lain!
Inilah janjiku.
Setiaku hanya padamu.
Cintaku hanya untukmu
Kasih dan sayangku hanya buatmu.
Kaulah Yang SATU 
Di Hatiku..!!!

Hatiku Kau Guris luka

Tensentap jiwaku,
Robek sudah perasaanku ini,
Pedih terluka oleh perbuatanmu,

Ku seru namamu kala berjauhan,
Tapi apa kesudahannya....

Berderai airmataku,
Didalam hati ku ratap hiba,
Umpama aku tiada erti,
Disisimu ku tak mengerti,
siapa aku buat dirimu,

Teganya dirimu buat begini, 
Terasa aku tidak berharga,
Umpama melukut di tepi gantang,
Sedih,pedih dan terhiris,

Aku ibarat menumpang kasih,
Diri rasa bagai tersisih,
Dalam pasrah aku menangis,
Dalam redha aku derita, 
Apa nak dikata,..
Kalau ini ujiannya aku terima,
Dalam redha dan terpaksa.

Nukilan Hati TERluka;-(
Mutiara Hati Rindu

Siapa AKU dihatimu???


Zahir dan batin tak seiring

Indahnya bunga dipandangan mata,
Nampak berseri terhias indah,
begitulah zahirnya,
bibir tersenyum hati menangis,
ketawa dalam hiba,
riang dalam sendu, 

Ibarat bunga yg segar,
begitu indah dan cantik,
tapi bunga kan terkulai layu,
takkan berseri lagi.



Rindu Mengetuk Kalbuku

Di malam yg sepi,
Merengut tangkai hati,
Rinduku datang bertamu,
Pada dia yg ku sayang,

Tersentak hati ini,
Terhiris jiwa ini,
Rindu ini biarlah pergi
Bersama angin malam,

Sayangku,
Betapa aku merindu,
Pada belaian mesramu,
Kerana aku disini,
Terlalu jauh dari gapaianmu, 

Sayangku,
Tanpa menatap wajahmu,
Hatiku menjadi sebu,
Sesungguhnya rindu ini buat aku pilu,

Sayangku,
Tunggulah kepulanganku,
Aku pasti pulang ke pangkuanmu,

Sedetik ini memang hiba,
Tanpamu disisi aku sepi,
Ahh,.cepatlah berlalu wahai malam,
Moga siang cepat menjelang.

Nukilan Sepi
Mutiara Hati Rindu
Dedikasi buat suami tersayang.
At Gurun Kedah Darulaman.


Pesona Mimpi

Hanyalah mimpi bukannya realiti,
Hadirnya putera dan puteri dikasihi,
Segak dan kacak serta baik hati,
Terpesona aku di alam mimpi,
Biar terjaga semuanya pergi,

Hanyalah mimpi bukannya realiti,
Tercipta sebuah novel cinta,
Dipasaran sudah sedia ada,
Nama tercipta bukanku pinta,
Sekadar impian yg aku reka, 
Sekali terjaga aku terleka,
Sekadar tersenyum rasa bahagia,
Moga mimpi menjadi nyata,
Tercapai impian yg aku suka,

Hanyalah mimpi bukannya realiti,
Pulang bertemu ayah dan bonda,
Ku peluk ku cium melepas rindu,

Berkumpul semua ahli keluarga,
Meriah dan bahagia bagai di syurga,
Abg dan kakak semuanya ada,
Hati gembira tidak terkata,
Bila terjaga hilang semua,
Ayah dan bonda sudah lama tiada,
Mengadap Ilahi bertahun lamanya,
Abg dan kakak payah ku jumpa,
Setahun sekali sukar rasanya,
Jumpa seorang yg lain tiada,

Pesona mimpi indah sekali,
Tercipta bahagia didalam hati,
Namun sayang bukannya realiti,
Tabah jua aku hadapi,
Usah ditangisi nasib diri,
Sudah tersurat suratannya Ilahi, 
Raya yg ku sambut tak pernah berseri,
Setiap tahun airmata menemani,
Semua rindu yg ku semat dihati,
Hadirnya bersilih ganti,

Aku hanya mampu berserah,
Aku percaya adanya hikmah,
Biarlah aku terus Pasrah.

Nukilan Rasa Hiba
Mutiara Hati Rindu
13 ogos 2012



Peredaran Masa

Laju,
Jarum jam terus berdetik,
Setiap saat ada harganya,
Setiap minit ada nilainya,
Setiap jam ada gunanya,

Terlalu pantas,
Saat kita masih lagi leka,
Masa terus beredar pergi,
Saat kita menopang dagu,
Masih termenung di jendela waktu,
Jarum jam terus berputar,

Saat segalanya berlalu pergi,
Aku masih disini,
Menghitung saat,
Menghitung minit,
Menghitung jam,
Menghitung hari demi hari,
Tanpa sedar,

Kita sudah di penghujung Ramadhan,
Dan Syawal bakal menjengukkan diri,

Ramadhan bakal berakhir,
Tanyalah diri sendiri,
Apa manfaat yg telah kita buat,
Apa amalan yg telah kita kerjakan,
Jawapannya tanyalah hati.


Aku terpana merinduimu.

Gemuruh jiwaku dipalu resah yg berlagu shahdu,
dihambat rindu pada kenangan lalu,
terlayang laju disudut fikirku,

rindu itu berlagukan cinta,
cinta dan kasih yang pernah bersemi,
mengundang sayang yang tak pernah sudah,
tak pernah berakhir walau terpisah,

cinta yang lalu dibawa pergi,
mengoda rindu datang bertamu,
mengamit resah aku gelisah,

nama tersimpan disudut hati,
ingin dilontar ke laut sepi,
ingin dicampak biar punah,
ingin dibuang ke tasik dalam,

memori indah terus bersemi,
bersemi terus tak pernah mati,
biar ku luput jadi sejarah,
tetap jadi kenangan terindah,

sukar menduga apa dirasa,
rasa tersiksa jiwa terluka,
kerana semuanya jadi sia-sia,
rindu yang datang tak pernah di undang,

masa terus berlalu pergi,
tak pernah menoleh walau sesaat,
cintaku yang pernah bersemi,
bagaimana harus aku hadapi?

Aku pencinta yang terlalu setia,
bukan ini yg aku pinta,
kerana sakitnya hati terluka,
merana sendiri sungguh terseksa,
airmata yg mengalir tidak terasa,

lupakanlah masa yang lalu, 
usah di ungkit tiada bermakna,
namun hati tetap di amuk rindu,
rindu bertamu aku terpana.

~MUTIARA HATI RINDU~


RINDU KU TIADA TERTAHAN

Rindu itu dtg lg,
mengetuk pintu hati,
berderai airmata ini,
bukan itu pintaku,
bukan jua mahuku,
tapi aku insan kerdil,
tidak berdaya melawan,

rindu,
kenapa kau hadir lg,
lalu mengundang airmata ini,
berderai lg jatuh ke pipi,
pergilah rindu.



Selamat Pagi Semua

Berterbangan bebas menjelajah dunia,
bila sang suria memancarkan cahaya,
cuaca cerah hari nan indah,
hidup harmoni bahagia dan ceria,
cahaya suria tersenyum megah,
dibalik awan terias cerah,

Dipagi hari menunaikan ibadah,
tekun bekerja mencari rezeki,
rezeki dicari biarlah halal,
agar bersih darah yg merah,
anak dan isteri hidup bahagia,
Dirahmati Allah setiap masa...;)


Hujan

malam yg kelam,
tiada bulan dan bintang,
berguguran hujan menimpa alam,

hujan,..
Hadirmu adalah rahmat,
membasahkan tanah yg kontang,
melimpahkan air dikali,
namun hujan hati ini tiada siapa yg mengerti,
deraian airmata membasahi pipi,
hujan dihati ku tanggung sendiri,
kerna yg pasti,
hanya aku yg mengerti,
rahsia hati yg tersembunyi.



Cinta bunga plastik

cinta itu suci,
sesuci embun pagi,
inginku biar ia mekar dilaman hati,
lalu ku siram setiap hari,
namun bunga layu jua,

bunga plastik jadi pilihan,
ku jaga ia setiap masa,
namun tetap pudar dimakan waktu,
sampai masa ia berdebu,
hilang seri dan tidak bererti,
ku buang jua akhirnya,
tercarik jua sekeping hati,
cinta bukan boleh diganti,
tapi cinta pastikan pergi,
bila sampai saatnya nanti,
aku kan rela sendiri.




MEMORI

Memori,..
Kau datang lagi,.
Menyelinap masuk ke tangkai hati ,
terus besemadi,

memori,..
Tetap ku simpan disanubari,
kerana memori itu amat bererti,.

Memori,.
Mengamit rindu nan bertamu,
menjadi resah yg tak sudah,
mengajar aku ertinya Pasrah



Musim Rindu 
Rindu itu semakin berlagu shahdu,
Bersama bayu mengalunkan rindu,
Musim rindu kembali bertamu,
Menjelajah usia menerjah kalbu,
Ingin bersua hilangnya jejak,
Tiada berita menyepi saja,
Yg ku punya hanyalah kenangan,
Kenangan manis menyentuh jiwa,
Akan ku simpan segalanya,
Kerana hanya ini milikku abadi.


Mod;Haru binti Biru,..

Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati tanggung sendiri,
Payah mengawal perasaan marah,
Berdetak jantung ingin ku jauhi.

Berdebar jantung kuat sekali,
Sesak nafas serasa berlari,
Apa nak jadi diriku ini,
Payahnya melawan godaan hati.

Sakit dihati aku terasa,
Cuba ku telan walau berbisa,
Semua ini sudah terbiasa,
Namun aku sorang manusia.

Ku kawal diri menjadi tabah,
Pada ALLAH aku berserah,
Mohon Allah hidayah melimpah,
Mengharungi segala susah dan payah.

Dalam dilema kehidupan;Szaza Ksgy





ANUGERAH ILAHI

Di pagi yang hening di subuh sunyi,.
Kicauan burung-burung jadi penghibur,
Menatap indahnya kurnia Ilahi,
Sejuk mata memandang penuh kasih,
Indahnya alam rasa bahagia,

Indahnya kurniaan Ilahi,..
Ku panjat syukur padanya,
Masih bernafas di pagi ini,
Untuk meneruskan kehidupan,

Indahnya kurniaan Ilahi,..
Mata memandang terasa tidak puas,..
Cantik sekali tidak terhingga,
Gunung –ganang indah tersergam,
Lautan biru luas memukau,
Pasir putih berkilau-kilau,
Pulau-pulau di tengah lautan,
Air terjun cantik pandangan,..
Bunga-bungaan Nampak berseri,

Indahnya kurniaan Ilahi,
Dapat aku nikmati lagi,
Di pagi hari di hari ini.



PENGENALAN  DIRI

Szaza Ksgy nama diberi,
Orangnya gemuk montel sekali,
Gorila tengok pun cabut lari,
Namun bukan itu soalnya hati,
Yang penting hati nurani,
Minatnya pada alam semulajadi,
Terpegun pada ciptaan Ilahi,..
Bunga cantik paling di gemari,
Sekali tengok langkah tak pi,..
Kesabaran & ketabahan paling di ingini,
Untuk meneruskan hidup ini,
Untuk jadi wanita sejati,
Untuk jadi ibu mithali,.
Harap tak ada orang yg iri,..
Aku sekadar memperkenalkan diri,
Sapa setuju like lah ni,..
Hihihihihiiiiii......





Bahagiakan hari anda...

Assalamualaikum..
Hari baru bermula lagi..
Terasa cepat masa berlalu tanpa sedar..
Hari demi hari..
Usia kian jauh meninggalkan kita..
Yang semakin mendekat adalah usia tua..
Setia detik,.setiap saat terus berlalu..
Tak mampu menghalang kerana itulah lumrahnya kehidupan..
Dari saat ke minit..
Minit ke jam..
Jam ke hari..
Hari ke minggu..
Minggu ke bulan..
Akhirnya tanpa di sedari kita sudah hampir lg ke hujung tahun..
Cepat sungguh,..
Apa nak kata walau azam yang sekian lama masih lg berlapok..
Ada ker yang sudah mencapai azam yg di ikrarkan?

Moga hari ini semuanya beroleh apa yg di kehendaki..
Salam sayang buat semua..
Slmt menempuhi hari baru..
Slmt berkerja pada yg sdg bekerja..
Jgn coba2 curi tulang:-D...

<MHR>




SEINDAH LUKISAN

Dunia khayalan sang pelukis
Menarik dan mempesonakan
Mengambarkan keinginan
Merias lukisan menjadi indah
Sesuai dengan keinginannya

Andai hidup seperti ini
Seindah lukisan ini
Boleh melukis mengikut kehendak hati
Boleh dicoret apa mahunya
Apakan terjadi
Adakah bahagia bakal berpanjangan

Indahnya lukisan gambaran hati
Bahagia mewarnai disanubari
Melihat bunga mekar dan berseri
Rasa cinta terbit dihati
Ingin memiliki dan merasai
Rasa kasih sayang ilahi
Andai boleh dimiliki
Hidup pasti bahagianya abadi

Indahnya lukisan ini
Bagai mengungkap perasaan hati
Ingin terus disayangi Ilahi
Agar syurga dapat dihuni
Pada suatu saat nanti
Didunia sana yang kekal abadi

Indahnya gambaran lukisan hati.

P/S;Kali pertama terasa sukarnya menghasilkan sebuah puisi,
Salah dan silap harap dimaafi,aku hanya insan yang lemah,kadang-kadang sukar juga meluahkan keinginan.

HASIL NUKILAN
Szaza KSGY
27/5/2012



Harapan Yang Punah

Lewat dinihari mata ini masih degil,.
Tiada tanda mahu lelap,.
Lalu aku berteleku di MUKA BUKU,.
Meluah rasa kecewa,.
Pada sebuah harapan yang tak kesampaian
Pengalaman mengajar aku,.
Hati-hati menganyam impian,.
Harapanku terlalu tinggi mengunung,.
Sekali terhempas bak kaca berderai,.
Bak mutiara yang terlerai,.
Jatuh berderai ke lantai,.

Begitulah hatiku hancur luluh,.
Impian dan harapanku musnah,.
Tapi aku tak berdaya,
Nak ku tangis juga tak beraimata,.
Ku luahkan juga di MUKA BUKU ini,.
Bukan untk meraih simpati,.
Sekadar melegakan diri sendiri,.
Melepas beban yg terlalu sarat,.
Mengasak minda dan perasaan,.
Akhirnya terlepas jua beban di dada,..
Biarlah aku REDHA apa adanya,.
Kerana aku insan biasa,.
Kadang2 aku juga rasa terluka,.

Harapan yg punah,.
Biarlah berlalu pergi,.
Moga esok berganti hari dalam realiti,.
Dan aku akan tetap menanti,.
Sinar mentari pagi yang akan menyinari hari,.
Membawa bersama duka di hati,.
Pergi dan takkan kembali lagi.

Hasil Nukilan
<MHR>



PERSAHABATAN

Persahabatan yang Ikhlas,.
Aku dambakan,.
Persahabatan yg Jujur,..
Aku inginkan...
Persahabatan yg Murni,.
Umpama hadiah yg ku terima setiap hari..
Terima kasih Teman-teman,..
Kalian telah memberiku hadiah yg tak Ternilai harganya...
Sebuah persahabatan yg aku damba..

Persahabatan itu suci,.
Dalam perhubungan ini kita saling berkongsi..
Berkongsi kasih sayang..
Berkongsi perasaan,.
Berkongsi semangat setiakawan,..
Berkongsi kerumitan...
Berkongsi keinginan,.
Berkongsi keceriaan..
Berkongsi KEBAHAGIAAN...

Persahabatan..
Adalah kurniaan Terindah..
Haruslah ada keikhlasan..
Haruslah ada kejujuran..
Dari lubuk HATI yang suci..
Barulah hubungan suci murni ini kekal abadi..

Friend Forever..

Luahan Hatiku
Mutiara Hati Rindu




Rindu,..
Resahnya hati kala rindu itu hadir,
Rindu yg tak pernah pudar,
Makin hari makin mendesah minda,..

Rindu serindu rindunya,.
Hadirnya tanpa di pinta,
Membikin resah di dalam jiwa,..

Rindu,
Ia hadir mengetuk pintu hati bertalu2,
Namun tak pernah kesampaian,
Kerana takkan pernah bertemu lg...



Kekososongan

Merenung ke depan yg di lihat adalah keriuhan,..
Tapi aku tetap kesunyian,.
Merenung masa depan,.
Kelam dan suram..
Kerana aku tak pasti apa bakal berlaku,..

Kosong dan sunyi..
Aku tak mengerti,..
Kenapa harus begini..
Inilah dunia realiti,.
Bukannya fantasi,..
Kekososongan

Merenung ke depan yg di lihat adalah keriuhan,..
Tapi aku tetap kesunyian,.
Merenung masa depan,.
Kelam dan suram..
Kerana aku tak pasti apa bakal berlaku,..

Kosong dan sunyi..
Aku tak mengerti,..
Kenapa harus begini..
Inilah dunia realiti,.
Bukannya fantasi,..



Detik Bahagia...

Bibir tersenyum lagi,.
Ikhlas dari hati,
Membuat hari kian berseri,..
Membuat jiwa rasa bahagia..
Tiada lagi rasa resah,
Tiada lagi rasa gundah...

Hari bersinar cerah,.
Sang Mentari Bercahaya Megah,..
Panas terik membahang,..
Tiada lagi awam mendung,
Yang kelam dan suram,..
Mudahan biarlah sampai ke malam...

Detik bahagia menjelma lagi,..
Tiada lagi titisan airmata,
Tiada lagi tangisan duka,
Tiada lagi esak hiba,...
Tapi,...
Aku perlu waspada,
Usah terlalu rasa gembira,..
Kerana cuaca pastikan berubah jua,..

Hari ini aku bahagia,.
Hari mendatang belum pasti,.
Hari ini cuaca indah,
Esok mungkin bakal berubah,.
Entah ribut dan taufan yg bakal melanda,..

Tak kira apa bakal terjadi,.
Itu semua takdirnya Ilahi,
Akukan terima apa adanya..
Apa yang pasti,.
Aku harus Redha dgn Ujiannya Ilahi,..

Hasil Nukilan
Mutiara Hati Rindu..


Simpulan Kasih Buatmu Sayang...

Sayang,.
Simpulan kasihku hanya buatmu,.
Tersimpul mati,
Kukuh dan takkan mungkin terlerai,..
Menatap matamu buat aku bahagia,.
Senyumanmu buat aku ceria,.
Ingin ku belaimu sentiasa,.
Tak ingin ku lepaskan lagi,.

Sayang,..
Kali pertama ku renung dirimu,.
Ada getar dalam dada,
Ada resah dalam jiwa,.
Dan hati pun berkata,.
Ingin ku miliki dirimu selamanya..
Sayang,..
Bila kasih mula bersemi,.
Cinta pun bertapa,.
Dan sayang pun bercambah,.
Terus namamu ku semat di hati,.
Siang malam terigau-igau,.
Aku terkesima dalam resah yang mengila..

Sayang,..
Dalamnya cintaku padamu,.
Tapi,..
Kita tetap di uji,.
Kau pergi bawa diri,.
Dalam rajukmu yang panjang aku kau lupakan,.
Maafkan aku sayang,.
Membuat hatimu terguris luka,.
Aku sekadar menguji kasihmu padaku,..
Tapi aku tersalah menduga,.
Kau pergi jua,.
Tinggalkan diriku merana,.
Sayang,..
Aku tetap setia menantimu,.
Biarpun rindu mencengkam jiwa,.
Aku rela,.kerana aku bersalah,.
Izinkan aku merawat luka hatimu,.
Kembalilah padaku,.

Sayang,..
Penantianku berakhir jua,.
Dalam diam kau terima diriku semula,.
Kau kembali padaku dalam Redha,.
Aku bersyukur padaNYA,.
Ku dakap cintaku erat,.
Takkan aku lepaskan lagi,
Biarlah kasih kita tersimpul mati,.
Untuk selamanya..

Irfan Iskandar Love Norizan Mastura..
Love Forever..

P/s: Tengah amik mod:-)



Selamat Pagi..
Sang suria menyinar lagi,
Untuk sekian kalinya..
Menyinari alam ini..
Kokokan ayam kedengaran lagi,
Bersama kicauan burung yg menyanyi riang...

Pagi ini aku bersyukur lagi,
Dapat lagi bernafas dan menikmati udara pemberian Ilahi..
Dapat lagi bersama insan-insan tersayang di sisi,
Dapat lagi menatap wajah suami yg dicintai,
Dapat lagi merenung wajah anak2 yg di kasihi,.. 

Hari ini aku kembali lagi,
Menjengah alam maya ini,
Dapat berkongsi lagi isi hati,
Dapat meluah lagi bicara hati,
Dapat bertemu lagi sahabat sejati,
Dapat berchatting lg dgn 'si buah hati',...
Kembalinya aku untuk berimaginasi,
Di awal pagi aku berpuisi,
Hanya sekadar menghibur hati,
Ada yg suka mungkin ada yg membenci,
Namun semua itu aku tak peduli,
Apa yg ku tahu bukan aku nak menyakiti,
Aku hanya berimaginasi sorang diri,
Meluahkan bicara hati,..

Hasil Nukilan
Mutiara Hati Rindu
15 oktober 2012




Gadis Dan Pena

Gadis ini gadis biasa,.
Tapi punya cita-cita luar biasa,..
Impiannya tak pernah tercapai,..
Suka duka hidupnya di pendam lama,.
Airmata peneman setia..
Dulu dia tak banyak bicara,.

Kini dia mula berbicara,.
Dengan pena mengungkapkan kata-kata,.
Melakar sejarah dan kenangan lama,.
Mencoret kisah suka dan duka,..
Menulis impian yg tak pernah terlaksana,.

Gadis ini biasa saja,..
Bahagia di kecapi hanya seketika,.
Hidupnya hanya berlinangan aimata,.
Namun dia hanya redha,.
Kini gadis telah dewasa,.
Namun pena masih temannya,.
Melakar cerita rekaan semata,.
Memerah minda sepanjang masa,.
Agar yang membaca rasa bahagia,.
Terdetik dihatinya kadang kala..
Mampukah impian di gapai?
Ataukah mungkin akan berkecai?

Gadis dan pena,..
Sekian lama hidupnya sepi,.
Ditemani pena penghibur hati,.
Adakah selamanya akan begini,.?

Gadis Dan Pena
<MHR>


Apa mahuku?..

Terasa sepi dan kehilangan..
Sedangkan di sisi ada yg tersyg menemani..
Terasa kosong dan hampa..
Sedangkan sekali sekala kami berbicara..
Terasa lesu tak bermaya..
Sedangkan tenagaku tak ke mana..
Hanya melepak saja ..
Langsung tak buat apa-apa..

Apa mahunya aku..
Terasa berbahang tak selesa..
Sedangkan hujan mencurah bumi..
Walau baru seketika turunnya..

Aku langsung tak mengerti..
Apa mahuku lagi..
Kenapa sepi terus menghimpit diri..
Sedangkan ada orang di sisi..
Kenapa bosan yg selalu aku miliki..
Walau ramai kawan mengelilingi..
Sungguh!!!
Aku langsung tak mengerti..
Apa mahunya diriku ini..

Sekadar luahan bicara hati...

<MHR>


Aku bagaikan terpinggir..

Aku di daerah perantauan ini..
Sendiri terasing dan menyendiri..
Rasa bagaikan terpinggir..

Aku..terus berteleku dan membeku..
Sendiri dan menyendiri..
Sepi dan sunyi..
Kesunyian yg beraja di lubuk hati
Aku bukan di pinggirkan..
Aku bukan di sisihkan..
Hanyalah perasaan yg bermukim di jiwa..
Hanyalah perasaan yg menyiat naluri..
Kerana kesepian..
Kerana kesunyian..
Bagai terlontar jauh.. 
Bagai terbuang..
Aku yg terus dingin..
Meronta sendiri..
Menangis sendiri..
Terluka sendiri..
Senyum dan tawa sendiri..
Bukan tiada yg menemani..
Cuma aku yg rela begini!..

Aku yg terasing..
Dari keriuhan..
Dari kebisingan..
Sekadar mencari kedamaian..
Namun ilusi yg menghampiri..
Kdg2 duka dan airmata..
Menemani hari yg sepi..

Sekadar luahan rasa di jiwa..

<MHR><Szaza Zaiman>