Sabtu, 21 September 2013

PANTUN LAMA VERSI BARU


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Kerana tamak buang saudara,
Bila tersisih meraung sakan.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Dalam semak ada suara,
Sepasang kekasih sedang makan. :D

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Sayang emak sayang saudara,
Perginya kekasih takku hiraukan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Pakai kemas pergi belajar,
Belajar berjanji janji ditepati.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Barang kemas tak habis bayar,
Hutang janji kepada ceti.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Nampak sepadan sama megah,
Harga naik mengeluh juga.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh simpan saya simpan,
Suruh berjanji saya tak mahu.

PANTUN CACAMARBA(sudah ku campur adukkan,.gaul dan uli hingga sebati)


Dalam kereta makan kuaci,
Bersama Tok Aki makan kanji,
Jangan kita asyik membenci,
Dengki mendengki sifatnya keji.

Telur dadar ditabur lada,
Dibuat inti kuih samosa,
Hiduplah sekadar apa yang ada,
Bahagia dihati ceria sentiasa.

Ada bayang dibelakang pelita,
Disebelah sini si ulat bulu,
Berkasih sayang sesama kita,
Malaysia harmoni aman selalu.

Lagu Hampa nyanyian syahdu,
Lagu lama merdu suara,
Lama tak jumpa pastilah rindu,
Rindu bersama bergurau mesra.

Mencari benang dimalam kelam,
Menjahit kelambu tidur di gudang,
Bila terkenang siang dan malam,
Rindu bertamu resah bertandang..
hihi,.hantam sajalah!!!!,.

Mencari akar dibuat ubat,
Ubat penenang terkena asma,
Memanglah sukar mencari sahabat,
Susah senang sentiasa bersama.
Hehehe,.akar apa ubat orang lelah?,. (^_^)

Sambil bersugi asyik merenung,
Di atas beranda saling berdiam,
Bangun pagi duduk termenung,
Mengasah minda mencari ilham.
Ingat zaman dolo2 rumah papan ada beranda,.dah tu saling dok usha,.hehe,.zaman sekarang pakat dok usha dalam FB dan perbagai alat caggih dalam internet,.usha punya usha,dalam tnet putih gebu sekali jumpa kat luar,.hee,.(^_^)

Bersama Nabil pergi Belanda,
Ditemani Teressa hingga ke Pekan,
Berpantun sambil bergurau senda,
Kalau terasa harap maafkan.

Hadoii,.dok tengah buat pantun boleh tersenguk so pembayangnya tangkap muat ja,. hihi,.berpantun untuk suka2 ja,.jom rilex sat tengok running man show,.

Pantun Benci TAPI Sayang


Layang-layang terbang melayang,
Terbang melayang dibawa angin,
Bila sayang terbayang-bayang,
Di hati sayang dibibir tak ingin.

Huhu,.ni penyakit EGO namanya!!

Buah kelapa buah laici,
Diletak Mak Siti di atas peti,
Bila berjumpa kata benci,
Cinta di hati separuh mati.

Dalam laci ada pelita,
Atas peti ada buah,
Bila benci bertukar cinta,
Kata hati sukar diluah.

Di tempat pesta dijual laksa,
Pesta Malaysia seperti selalu,
Mememdam rasa tentu terseksa,
Biarlah rahsia dari malu.

Jus laici jus mengkudu,
Bukan dimakan kerana minuman,
Dibibir benci di hati rindu,
Rindu rinduan jadi kenangan.

ENTAH KENAPA!!,..


Entah kenapa,..
Minda ini semakin membeku hari demi hari,.
Semakin malas untuk bekerja,.
Untuk merungkaikan semua cerita,.
Agar selesai segalanya,.
Agar tak tertanya-tanya penghujungnya,.
Bahagia atau derita,.

Entah kenapa,.
Imaginasiku semakin lama hilang entah ke mana,.
Kelam dibawa bayangan bahagia,.
Walau ada sedikit bayangannya,.
Minda pula tak mahu sepakat,.
Jari-jari hanya menanti dengan setia,.

Entah kenapa,.
Kemalasan terus bermaharajalela,.
Menguasai minda dan mata,.
Minda terus benak,.
Mata terus layu,.
Semangat pun turut kaku,.
Hanya jari yang tetap menunggu,.
Menaip kata dengan laju,.
Namun tetap hampa,.
Bila minda tidak bersuara,.

Entah kenapa,.
Hari-hariku semakin sepi,.
Sepi dengan cerita ilusi,.
 Rekaanku sendiri,.
Terus sepi menghitung hari,.
Dan sepi terus menguasai,.
Kamar kanvas ini,.
Bila cerita-ceritaku seakan telah mati,.
Tanpa penyudahnya,.

Entah kenapa,.
Hati turut jatuh sakit,.
Lemah tidak bermaya,.
Menatap kanvas kosong yang tidak bersambung,..
Menatap cerita yang tiada penamatnya,.
Minda pun turut menderita,.
Bukan salahku katanya,.
Aku pun hilang semangat yang serupa,.
Langsung malas nak bersuara,.
Entah disihir dengan apa,.
Aku pun tenggelam punca,.

Entah kenapa,.
Saat ini jiwa pun tiada jawapannya,.
Lemah tak bersuara,.
Hilang segalanya,.
Dibawa arus masa,.
Sabarlah menanti saatnya,.
Bila imaginasi kembali berfungsi,.
Dan minda kembali bersuara,..

Entahlah!!!,..kenapa?

19.9.2013
11.43am

Isnin, 16 September 2013

PENGORBANAN SEORANG AYAH DAN IBU



Ibu,.
Pengorbananmu tak terbalas rasanya,
Sejak aku di dalam kandunganmu,
Kau menahan segala azabnya,
Kau rela membawaku ke dunia ini,
Walau berat kau menanggung seksa,
Namun,tak pernah kau mengungkit bebannya,

Ayah,..
Sejak aku kecil kau mengalas beban,
Membanting tulang mencari rezeki,
Memberikan kami keselesaan,
Memberi kami kasih dan sayang,
Tanpa mengharapkan sebarang balasan,

Ayah,..Ibu,..
Jasa kalian begitu besar rasanya,
Tak terpikul beratnya,
Melahirkan dan membesarkan,
Membawa kami melihat dunia,
Memberi kami rasa bahagia,
Mendidik kami tanpa kenal putus asa,

Ayah,..Ibu,..
Kami berjanji!!!
Akan membalas segala jasa,
Belajar dengan tekun dan akan berjaya,
Membanggakan kalian berdua,

Ayah,..Ibu,..
Restuilah kami dengan doa kalian,
Iringilah kami dengan kalimah sucimu,
Berkatilah kami dengan ayat-ayat azimatmu,
Agar kami takkan leka dengan dunia yang sementara,
Agar kami takkan terlupa tanggungjawab kami sebagai anak bangsa,

Ayah,..Ibu,..
Kami,..anak-anakmu ini berjanji,
Akan mengharumkan namamu,
Menjadi anak yang berguna,
Menjadi pelajar yang mendengar kata,
Mengenggam segulung impian,
Hingga menuju puncak jaya,
Restuilah kami dengan doa kalian berdua.


BUAT adik2 yg nak amik Exam PMR,SPM,STPM,.mohonlah doa ayah & ibu,.ingatlah pengorbanan mereka.


Ahad, 15 September 2013

MASA TERUS BERLARI


2013  sudah dipenghujungnya,
Umpama senja yang bakal menjengah,
Mengetuk-ngetuk pintu malam,
Kini kita sudah berada dipertengahan September,
Dan masa terus berlari tanpa sedar,

Aku bertanya pada diri,
Apa kejayaan yang telah aku perolehi?
Minda berfikir seketika,.
Hati menjawab 'Ada!,.mungkin hanya sedikit saja',.
Minda terus tersenyum mengejek,
Hati bertanya kenapa?
Lantas minda menjawab 'Hanya sedikit sudah kau bangga?',.
Jiwa pula yang terasa lantas mengeluh hampa,.

Wahai HATI!,.Wahai MINDA!
Kenapa korang selalu bertelagah?
Aku yang terseksa mendengarnya,.
Biarlah sedikit dari langsung tiada!
Untuk apa merendah diri!
Yang sedikit itu lebih berkualiti,.
Dari yang banyak tapi langsung tiada isi,.

Minda mencebik,.Hati mendongkol tidak mengerti,.
Apa maksudmu wahai jiwa?
Bertanya hati dengan ragu,.
Jiwa ukirkan senyuman lantas menjawab,.

Minda dan Hati fahamilah!
Jiwa ini hanya mahukan ketenangan,
Jiwa ini hanya mahukan kebahagiaan,
Jiwa ini hanya mahukan keredhaan Ilahi,
Hanya Mahu Disayangi Allah,
Hanya Mahu Dihargai suami dan anak-anak,.
Itulah KEJAYAAN yang sebenarnya,
Hanya itu yang JIWA perlukan!

Minda dan Hati terus berteleku malu,.
Minda berIstighfar,.Ya Allah! Ceteknya pemikiranku!
Hati terus bersujud,.Ampunkan aku Ya Allah!
Jiwa mengeleng tanpa sedar,.
Begitulah Hati dan Minda,.
Sering saja tamak haloba,.
Selalu terlupa pada Yang Esa,.

Biarlah masa terus berlari,.
Biarlah usia kian meningkat,.
Hati dan minda harus terima hakikat,.
Bahawa hidup ini semakin singkat,.
Dan JIWA pun semakin tak larat,.
Untuk berdepan dengan kerja yang kian padat,.

P/s; Minda,Hati dan Jiwa hari2 bergaduh!,.TAPI adakalanya tetap berkerjasama.Hanya jari yang selalu patuh menaipkan bait2 kata,. :)

Sabtu, 14 September 2013

PANTUN ORANG SAKIT


Kacang kelisa dimakan anak,
Anak mengajuk orang tua,
Badan rasa tidak enak,
Seram sejuk semua ada.

Pisang setandan sudah diikat,
Kacang bendi di dalam raga,
Letih badan sakit urat,
Lemah sendi pun ia juga.

Pisang diikat dengan tali,
Masaknya kuning berasing-asing,
Makan ubat mata lali,
Kepala pening berpusing-pusing.

Pucuk kemaman dipetik Mak Odah,
Dihurung semut dibuang sajalah!
Rasanya deman pastilah sudah,
Ambil selimut jom tidurlah!

Naik rakit kayu sebatang,
Mencari paku dibuat titi,
Bila sakit sudah datang,
Minda beku sudah pasti.

Pegang stereng membaca buku,
Sakit perut kena kacau,
Kepala mereng minda membeku,
Mula mengarut meracau-racau..:D

Akar seruntun sungguh pahit,
Buah pala kelatlah pula,
Mari berpantun orang sakit,
Sakit kepala beginilah jadinya.

Hihihi,.bo layan jer pantun ni,.tengah tak sedap badan ni,.

Khamis, 12 September 2013

Puisi buatmu Kekasih HALALku,.

Semakin lama ku pandang wajahnya hati ini semakin berdegup laju,
Semakin lama rasa cinta dan sayang itu semakin kuat,
Semakin lama ku pendam semakin terseksa jiwa ini,.
Andainya dia tahu tiada yang lain selain dirinya
Yang amat ku cinta,.
Yang amat ku sayang,.
Yang amat ku dambakan,.

Ku renung lagi wajahnya,.
Biar umur kian berganjak,.
Biar rambut berubah warna,.
Biar kulit semakin berkedut,.
Namun Hati ini takkan pernah berubah,.
HANYA dia di hati,.

Takkan pernah berubah cinta ini,.
Takkan berubah sayang ini,.
Biar pun sekian lama menyulam kasih,

.Biar pun sekian lama menyulam kasih,.
SaYa sAyAnG RaMaI OrAnG tApI . . . SaYa HaNyA Cinta AwaK sOrAnG Je tAu (",)
Dialah,.dialah buah hatiku,.
Pengarang jantungku,.
Yang sentiasa di sisiku,.
Tempat aku menumpang kasih,.
Tempat aku menyandar harapan,.
Tempat aku bermanja dan bermesra,.
Dialah kekasih halalku,.

MOD; Jiwang Melarat,.

P/s;Bila tak ada mod nak mengarang jiwa pun kacau,.mulalah nak meracau,.heee,..
— feeling loved.




Isnin, 9 September 2013

Teruja dan Bahagia



Detik ini hati berbicara lagi,
Katanya,.alangkah teruja dan bahagianya,.
Apa yang disaksikan dengan mata,.
Buat hati jadi ceria,
Lalu,.jari-jari pun menaip kata,.
Berpakat juga dengan minda,.

Hati berdetik sakan,.
Ahh,.alangkah bahagianya,.
Biarlah rasa teruja ini terus bertamu,
Dalam rasa bahagia,.
Kerana segalanya nampak berhasil,
Biarlah sedikit,.
Kerana semuanya baru bermula,.

Hati mengucap syukur,.
Padamu Ilahi aku memohon,.
Moga kau terus rahmati diri ini,.
Agar terus murah rezeki,.
Agar terus diberkati,.
Agar terus dilindungi,.
Amin Ya Allah.


Jumaat, 6 September 2013

BILA PENA MULA BERBICARA


Di atas kanvas sepi ini,
Jari-jari mula menari lagi,
Menaip bait-bait bicara hati,
Menitipkan kisah bahagia,
Bahagia berada dialam maya,
Seolah terlupa dunia nyata,

Jari-jari terus menari,
Tanpa rentak dan irama,
Kerana tarian ini tarian sepi,
Yang terus bebas tanpa suara,
Hanya minda yang melakar rasa,
Berkongsi luahan jiwa,

Bila pena mula berbicara,
Bicaranya bicara sukma,
Berkocak naluri rasa,
Terukir bait-bait kata,
Terpahat di atas kanvas rasa,
Biarlah terus megah di atasnya,
Untuk tatapan semua,

Biar pena terus berbicara,
Walau tiada yang memahami butir bicaranya,.
Biarlah!!,.
Yang pasti hati tahu,
Bicaranya pena memberi ketenangan dijiwa,
Bukan mudah meluah kata,
Hanya dengan pena hati mampu berkata,
Sesungguhnya hati sedang berbahagia.

szaza zaiman 

Bunga ni specel untuk pembaca blog ni,.comey tak wakilnya? :)

Pantun Rumah tangga,.Habis manis hampas dibuang,.


Pakai sepatu buatan Malaysia,
Di kedai Pak Jalal sedang dijaja,
Sudah begitu lumrahnya manusia,
Yang tak halal selalu dipuja.

Dipagi hari mandi di kali,
Mandi seorang berkain batik,
Selalunya isteri buat tak peduli,
Isteri orang dipandang cantik.

Ikan gelama sudah dibelah,
Cabai digiling ditumis planta,
Sudah lama tinggal serumah,
Dipandang jeling sebelah mata.

Si gila bayang separuh gila,
Baik mengaji dari merana,
Dulu sayang cinta segala,
Sekarang janji entah ke mana.


Gulai ikan sayur geti,
Buah peria ikan pelata,
Berjanji akan sehidup semati,
Sumpah setia auta semata.

Selasa, 3 September 2013

TERGURIS LAGI HATI INI


Aku kembali lagi mengungkapkan rahsia hati,
Kembali melakarkannya di atas kanvas ini,
Meluahkan apa yang tersurat,
Agar jiwa tak melarat dan berkarat,
Kerana hati yang kian sarat,.
Dengan luka yang berbirat,
Sungguh!,.aku dah tak larat sangat,..

Hati ini takkan pernah dimergertikan,
Apa mahunya,.
Apa yang dirasanya,.
Kerana yang melukai,
Tak pernah cuba untuk menyembuhkan,.
Tak pernah cuba untuk memahaminya,.
Sungguh!,.aku terlalu letih menanggung rasa,

Hati ini bebannya terlalu banyak,.
Namun begitu aku cuba menjadi kuat,
Sekuat benteng penahan ombak,.
Hanya seketika bertahannya,.
Dikala ianya dilanda goyah,.
Bentengnya pun hancur berkecai,.
Lalu air mata pun berderai,.

Jiwa,.kian lama kian punah,
Langsung tak pernah memegang amanah,.
Hati kata kuatlah!
Minda kata bertahanlah!
Namun jiwa terus menyumpah seranah,.
Apa kau tahu!!!,.
Aku yang menangung seksanya!!!
Aku yang menanggung peritnya!!!
Bertahun sudah ku pendam duka ini,.
Bertahun sudah ku pertahankan sabar ini,.
Adakah dia menghargai?
Adakah dia bersimpati?
TIDAKKKKKK!!!!,.
Dia langsung tak peduli!
Mungkin dia akan suka kalau aku pergi!
Mungkin dia akan suka kalau aku mati!!

Minda masih memujuk lembut,.
Untuk apa kau tangiskan,
Untuk apa kau ratapkan,.
Dia manusia sepertimu juga,.
Ingatkah kau!,.kau pernah menangis di depannya,.
Apa yang dia buat?
Buat tak peduli saja!,.
Kerana dia tak pernah rasa apa yang kau rasa,.
Hati turut menambah,.
Kenapa kau tak mengadu saja pada ALLAH,.
Kerana DIA mengetahui SEGALANYA,.
DIA mendengar segala rintihanmu,.
DIA yang memberikanmu ketenangan,.

Lalu jiwa terus terduduk dan meratap hiba,.
YA ALLAH!,.aku hanya tahu hatiku yang terguris,.
TAPI,.aku tak pernah ambil tahu hatinya bagaimana,.
Kerana dia tak pernah mengungkapkannya,
Dia tak pernah merungut,
Jauh sekali untuk mengungkit,.
Namun andai kata dia mula bersuara,.
Kata-katanya terlalu berbisa dipendengaranku,.
Mungkin dugaan ini untuk menghapuskan dosa,.
Dosaku yang sentiasa lancang berkata-kata,.
Aku harus bagaimana YA ALLAH!!!,.
Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa,.
Kerana dia langsung tak bersuara.


Setiap kali aku terluka pasti ku pujuk sendiri hati ini,..