Jumaat, 2 Mei 2014

Hujan Mencurah Lagi!


Mendung kian berarak,
Kita nampak dan sedar,
Hujan bakal turun lagi,
Akan mencurah membasahi bumi,
Namun,..
Bila mendung di hati,
Siapa yang peduli,
Hanya kita yang meratapinya sendiri,
Hujan di hati tiada yang mengerti,
Air mata yang mengalir di pipi,
Sebagai tanda hati terluka lagi,

Hati kian kelam,
Tiada cahaya serinya,
Meratap hiba dalam diam,
Terobek,
Hancur luluh di dalam,
Tiada yang terokai,
Dia hanya sendiri,
Meluahkan rasa tanpa teman bicara,
Harus bagaimana?
Andai di luah luka ini dikongsi bersama,
Tapi orang lain akan terasa bahangnya,
Sakitnya bukan hilang,
Mungkin juga semakin parah,
Di atas kanvas sepi ini,.
Terluah lagi,
Bicara sepi sendu sendiri,
Lantaran tak mahu orang lain turut terasa,
Luka yang sama hati derita,


Nun di sebalik gunung sana,.
Langit yang membiru berubah warna,
Sudah kelam tanpa mataharinya,
Cahayanya tersipu malu di sebalik awan,
Hati juga turut kelam,
Sudah berubah nada,
Dari terang jadi gerhana,
Dari ceria menjadi duka,
Air mata malu untuk berbicara,
Dia terus sepi tanpa kata,
Namun kepedihannya tetap terasa,
Bagai tertikam pedang berbisa,
Dia tetap diam membisu seribu bahasa,
Derita hatinya hanya untuk diluah saja,
Untuk berkongsi takkan ada yang rela,
Lumrahnya dunia hanya berkongsi bahagia,
Tiada yang suka mencari bala,
Kau terluka aku peduli apa!
Mungkin itu kata hatinya?



Hati

Hati,
Berdetak seribu rasa,
Mempamer berjuta duka,
Namun tak mampu diluahkan,
Bibir tak terkata,
Suara tiada irama,
Terus tersimpan rasa pedih itu,
Menahan mutiara dari gugur,
Menahan mata dari kabur,
Kedua ulas bibir menguntum senyum,
Kerana tahu tiada maknanya ditangisi,
Tiada siapa akan mengerti,
Biarkan duka terus berkubur,
Bersemadi bersama resah dan gundah,

Hati,
Adakalanya terlalu rapuh,
Mudah patah bak kristal,
Mudah berderai bak kaca,
Mudah gugur bak kelopak mawar,
Namun diluar ini dipamerkan sebaliknya,
Melalui wajah hati umpama batu,
Nampak keras dan tegar,
Seolah kuat dan kukuh,

Hati,
Sudahkah kau ketahui,
Ratapanmu tiada ertinya lagi,
Teruslah bertabah kerana Allah lebih mengerti,.

Mod;Kacau bilau..

Jom berbalas Pantun!

Pantun Teka-Teki Enam kerat


Banyaknya kulat di sana sini,
Alangkah enak digoreng dahulu,
Buat gulai sedap belaka!
Bentuknya bulat berwarna-warni,
Mainan kanak-kanak zaman dulu,
Kalau pandai cubalah teka!

Jawapan:
Membeli benang di kedai nyonya,
Diikat tali dengan percuma,
Beli bersama dengan jarumnya,
Alah,.senang saja jawapannya,
Buah guli itulah nama,
Cantik umpama pelangi warnanya.



Pantun Teka Teki Empat kerat


Warnanya merah kecil bentuknya,
Sangat sedap dibuat sambal,
Pasti marah memakan isinya,
Hati berdetap bibir tebal.

Pantun Teka-Teki Dua Kerat

Bila tertutup gelaplah dunia,
Kalau sanggup tekalah bendanya!


Jawapan

Banyak cerita banyak pengajarannya,
Kerana manusia punya idea,
Kelopak mata itulah jawapannya,
Tertutup ia gelaplah dunia.


Pantun Soal-Jawab Cinta

Atur bata susun bata,
Atas bata bunga raya,
Orang kata cinta buta,
Butakah cinta atau orangnya?


Pertanyaan RINDU


Gubahan baldu buat tetamu,
Dihias selalu agar tak jemu,
Bila rindu datang bertamu,
Adakah perlu kita bertemu?
Hmuhahaha,.Amekaw!,.ni pantun terdesak :D


Pantun Teka-Teki Lucu

Belalai melentik perutnya gendut,
Gajah gila panjat kelapa,
Kalau itik menari dangdut,
Ayam pula tariannya apa?

p/s: Sapa tak pernah tengok gajah gila panjat kelapa? Angkat tangan!! :D

Azian Mazwan Safuan - Bukan Belas Bukan Simpati

Azian Mazwan Safuan - Bukan Belas Bukan Simpati