Jumaat, 5 Mei 2017

Buatmu Wanita Bergelar Ibu..Ummi..Mama..Emak.



Dari sinar matamu tersingkap sebuah kisah,
Kisah suka dan duka,
Membesarkan sebuah keluarga,
Menjadi ibu sepenuh masa,
Bermula dalam kandungan kau asuh anakmu,
Hingga melahirkan mereka,
Tak pernah kenal penat dan putus asa,
Dirimu sentiasa ceria,
Menatap wajah anak-anakmu di depan mata,

Dari sinar matamu,
Terpancar bahagia..melihat anak-anak ceria,
Kau sorokkan rasa duka di dalam dada,
Kau sentiasa tabah dan redha,
Demi anak-anakmu tercinta,
Katamu..merekalah harta paling berharga,
Lebih bernilai dari intan permata,
Lebih berharga dari segalanya,
Kerana anak-anakmu adalah syurga rumah tangga...

Dari sinar matamu yang bercahaya..
Kaulah bonda, ibu, emak dan mama tercinta,
Demi anak-anakmu..
Kau sanggup berkorban apa saja,
Walaupun berkorban nyawa,
Kau harungi segala susah payahnya,
Membesarkan semua cahayamata,
Demi melihat mereka bahagia..

Kaulah wanita permata dunia!
Bijak bersandiwara sembunyikan derita,
Bijak menahan air mata,
Sentiasa tersenyum bahagia,
Walaupun hakikatnya hatimu sedang terluka,
Ahh..tidak mengapa!
Asalkan anak-anakmu ceria dan bahagia,
Kau turut bahagia bersama..

Wanita bergelar ibu,
Pengorbananmu tiada batasnya,
Pasti terbalas di suatu masa,
Janji Allah tak pernah tersia,
Kerana di bawah tapak kakimu terletaknya Syurga,
Kaulah wanita mulia,
Kebanggaan semua..
Tanpamu..hidup pasti tak bermakna,
Tiada tempat untuk bermanja,
Tiada tempat mencurah rasa.